Tuesday, December 15, 2009

RAE 2/2010---30 Jun 2010

PEMBERITAHUAN


PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio

Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-

Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Nombor Siri Tarikh dan Masa Tarikh Tutup Pusat Peperiksaan (Wilayah)

Peperiksaan Peperiksaan Permohonan

RAE 2010-2 30 Jun 2010 14 Mei 2010 Utara, Tengah, Selatan, Timur,

Jam 2:00 petang Jam 5:00 petang Sabah dan Sarawak

Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

- Berumur 14 tahun dan ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan

- Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk

pengesahan kelayakan).

Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan

boleh diperolehi dari pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan

diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat SKMM yang

sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah.

Pusat Alamat Pejabat Wilayah SKMM Nombor Untuk

Peperiksaan Untuk Menghantar Permohonan Dihubungi

UTARA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 4 323 8228

Pejabat Wilayah Utara F: +60 4 323 9448

Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji

Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

TENGAH Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 3 5518 7706

Pejabat Wilayah Tengah F: +60 3 5518 7710

Aras 17, Wisma SunwayMas

No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C

Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

SELATAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 7 226 4700

Pejabat Wilayah Selatan F: +60 7 227 8700

Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar

Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor

TIMUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 9 515 0078

Pejabat Wilayah Timur F: +60 9 515 7566

B8004, Tingkat 1, Sri Kuantan Square

Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

SABAH Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 88 270 550

Pejabat Wilayah Sabah F: +60 88 253 205

6-10-10, Tingkat 10, No. 6, Menara MAA

Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

SARAWAK Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia T: +60 82 346 500

Pejabat Wilayah Sarawak F: +60 82 331 901

Aras 5 (Utara), Wisma STA

26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak

Sila tuliskan nombor siri peperiksaan di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan

adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/

Wang Pos atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah dikepilkan bersama borang

permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.

Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos

selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah

(+60 3 8688 8265) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Alamat Ibu Pejabat SKMM:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Off Persiaran Multimedia

63000 Cyberjaya

Selangor Darul Ehsan

www.skmm.gov.my

No comments:

Post a Comment